Khamis, 14 Disember 2017

Chong Wei ke akhir Terbuka Malaysia

ARKIB : 10/01/2009
10/01/2009 7:05pm

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memilih cara yang mendebarkan untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam apabila kalah pada set pembukaan, sebelum bangkit mencatat kemenangan dan menghampiri kejuaraan kelima.

Pemain nombor satu dunia itu kalah 24-26 di set pertama tetapi mempamer semangat juang tinggi ketika bangkit menundukkan bintang veteran Denmark, Peter Hoeg Gade 24-26, 21-17, 21-13 dalam pertarungan yang berlangsung selama satu jam.

Malah, kehadiran jurulatihnya, Misbun Sidek yang baru saja keluar dari hospital beberapa hari lalu turut menyuntik semangat tambahan buat naib juara Olimpik itu, yang mengakui tidak mahu menghampakan gurunya.

Kemenangan ini bakal menemukan Chong Wei dengan bintang muda Korea dan pemain nombor 10 dunia, Park Sung Hwan, yang tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pencabar tidak ternama dari Taiwan, Hsieh Yu Hsin 21-13, 21-14 dalam satu lagi saingan separuh akhir. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz51Ig0qibB

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan