Jumaat, 9 Februari 2018

Chong Wei harapan 2012

ARKIB : 20/03/2009
BERITAHU saya, adakah saya seorang yang bertanyakan perkara ini atau kita sememangnya meletakkan tekanan berterusan terhadap Datuk Lee Chong Wei untuk menghadirkan satu lagi pingat Olimpik?

Chong Wei akan berusia 29 tahun pada 2012 dan di sebalik usaha gigih beliau terhadap sukan kegemarannya ini dan segala persiapan rapi dibuat mentor dan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek - sebenarnya tanggungjawab ini begitu sukar.

Sememangnya sukar bagi pemain No. 1 dunia ini untuk mengulangi kejayaan di Olimpik Beijing tahun lalu yang menjadikan beliau atlet pertama Malaysia membawa pulang pingat perak dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Meskipun dua lagi acara sukan - memanah dan berbasikal diletakkan sasaran memenangi pingat, kebenarannya Chong Wei telah pun membuktikan dia mengatasi yang lain ketika berdepan tekanan yang terpaksa dihadapinya.

Ketika kita sedang melalui ketidaktentuan ekonomi, ramai orang melihat kepada ketenangan - sukan dan komedi. Memandangkan komedi bukan tajuk dalam perbicaraan ini, ramai antara kita yang juga peminat sukan mencari-cari faktor feel-good untuk membantu melalui masa sukar sekarang ini.

Bola sepak tidak membantu buat masa ini, cuma yang menyeronok dan membanggakan rakyat Malaysia ialah Datuk Nicol David dan pasukan boling.

Beri mereka ruang. Saya sendiri kagum dengan Misbun atas nilai-nilai profesional walaupun berdepan ujian menimpa.

Saya juga mengagumi Chong Wei kerana terus berusaha tanpa mengenal erti penat lelah sehingga kini. Apa sekali pun, biarkan dia melakukan kerjanya.

Dia sendiri tahu bagaimana sukarnya untuk mengekalkan kedudukan ranking tertinggi apatah lagi menerima asakan bertali arus daripada jagoan China, Lin Dan, Bao Chunlai dan Chen Jin.

Pada masa ini, program mengetengahkan pemain-pemain muda dalam acara perseorangan ke peringkat dunia telah pun berjalan dan Misbun sendiri memberikan penekanan terhadap keupayaan fizikal dan kecergasan.

Dan, keupayaan Chong Wei adalah contoh terbaik daripada program itu.

Menjelang temasya London 2012, harapan terhadap Chong Wei memuncak tetapi apa pun, dia ketika itu pastinya lebih bersedia dan berpengalaman.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz56bJIMg3k
© Utusan Melayu (M) Bhd