Isnin, 26 Jun 2017

Chong Wei ketuai cabaran negara - Terbuka Indonesia



 
ARKIB : 12/05/2006
Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan Lee Chong Wei untuk mengetuai cabaran negara sebaliknya nama Muhammad Hafiz Hashim tercicir untuk Terbuka Indonesia yang akan berlangsung dari 31 Mei-4 Jun ini.

Mengiringi Chong Wei adalah empat lagi pemain perseorangan yang kesemuanya yang tidak beraksi pada Piala Thomas di Jepun baru-baru ini.

Mereka ialah Yeoh Kay Bin, Lee Tsuen Seng, James Chua dan K. Yogendran.

Senarai penuh nama pemain untuk ke Terbuka Indonesia itu dikeluarkan BAM semalam di mana Malaysia turut menghantar wakil dalam acara beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran.

Dalam acara beregu lelaki, dua beregu Piala Thomas negara iaitu Chan Chong Ming-Koo Kien Kiet dan Chong Tan Fook-Lee Wan Wah tidak disenaraikan.

Sebaliknya, Malaysia diwakili dua semi-finalis Seluruh England 2006 iaitu gandingan Lin Woon Fui-Mohd. Fairuzizuan dan Gan Teik Chai-Zakry Latif.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel, Wong Mew Chew pula membawa cabaran negara dalam acara perseorangan wanita bersama Wong Miew Kheng.

Sementara beregu wanita diwakili pasangan Ooi Sock Ai-Fong Chew Yen dan Mooi Hing Yau-See Phui Leng.

Bagi beregu campuran, Malaysia meletakkan harapan kepada pasangan Teik Chai-Chew Yen dan Zakri Sock Ai.

Bagaimanapun bagi Terbuka Filipina yang akan berlangsung lebih awal dari 24-28 Mei ini, Hafiz bakal mengetuai cabaran negara.

Mengiringi Hafiz adalah Tsuen Seng, James Chua, Yogendran dan Kuan Beng Hong.

Sementara itu, hanya satu beregu lelaki dihantar beraksi di Filipina iaitu Woon Fui-Fairuzizuan.

Perseorangan wanita dianggotai Julia Wong, Norsyahliza Baharum, Anita Raj Kaur dan Miew Kheng.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l5tbea6l
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan