Sabtu, 18 November 2017

Chong Wei gagal atasi Lin Dan



ARKIB : 17/03/2008

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei gagal mengakhiri badi kekalahan kepada pemain China, Lin Dan apabila tumpas 13-21, 18-21 pada perlawanan akhir Terbuka Switzerland di Basel, semalam.

Walaupun memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia itu, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang lebih bijak mengawal permainan.

Sementara itu, teman wanita Lin Dan, Xie Xingfang pula menjuarai acara perseorangan wanita selepas menewaskan rakan senegara, Zhang Ning 21-18, 21-17.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki akhir semalam apabila dua pasangan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari tewas di separuh akhir kelmarin.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ypXHESce
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan