Sabtu, 18 November 2017

Chong Wei, beregu veteran mara



ARKIB : 07/03/2008

KUALA LUMPUR - Cabaran negara pada badminton Seluruh England masih diteruskan oleh Lee Chong Wei dan pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang berjaya mara ke suku akhir.

Ketika sebahagian besar wakil negara tumbang di pusingan pertama kelmarin, Chong Wei yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-11 pada pusingan kedua, semalam.

Di suku akhir hari ini, Chong Wei akan menentang sama ada Taufik Hidayat dari Indonesia atau pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh.

Tan Fook-Wan Wah pula mudah menewaskan beregu Amerika Syarikat, Howard Bach-Bob Malaythong 21-8, 21-16.

Kemenangan itu membolehkan beregu veteran negara ini menempah pertemuan dengan beregu Indonesia, Alvent Yulianto-Luluk Hadiyanto di suku akhir.

Malaysia masih mempunyai dua lagi wakil yang akan turun beraksi di pusingan kedua iaitu Wong Mew Choo dan gandingan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Wakil lain negara termasuk Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Roslin Hashim, Muhammad Hafiz Hashim, Wong Choong Hann, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari, awal-awal lagi sudah tersingkir di pusingan pertama, kelmarin.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yn2iKgb7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan