ARKIB : 16/06/2008
Mohd. Zakry Abdul Latif (kanan)
dan Mohd. Fairuzizuan M Tazari meraikan kemenangan menewaskan gandingan Gan
Teik Chai-Lin Woon Fui pada Terbuka Singapura, semalam.
SINGAPURA - Lee Chong Wei
melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia apabila menjuarai acara perseorangan
lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, semalam selepas kejuaraan beregu
lelaki menjadi milik pasangan negara Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan
M Tazari.
Pemain nombor dua dunia, Chong
Wei tiada tandingan buat lawannya, Simon Santoso dari Indonesia pada perlawanan
akhir apabila menang mudah 21-13, 21-5 dalam masa 29 minit.
Beraksi di depan ribuan
penyokong pemain tuan rumah, Chong Wei mempamerkan kelas tersendiri apabila
tidak melepaskan sebarang mata kepada Simon sehingga kedudukan 15-0 di set
kedua.
Ia merupakan kejuaraan Siri
Super kedua Chong Wei selepas menjuarai Terbuka Malaysia Januari lalu.
Chong Wei yang menjadi sandaran
pingat Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini tidak menghadapi laluan sukar untuk
memenangi kejuaraan berikutan ketiadaan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari
China serta pemain tuan rumah yang juga juara Olimpik, Taufik Hidayat.
Sebelum itu, kejuaraan beregu
lelaki sah milik negara apabila dua pasangan negara berentap sesama sendiri di
perlawanan akhir.
Namun, kemenangan memihak
kepada gandingan Mohd. Zakry-Mohd. Fairuzizuan apabila menewaskan Gan Teik
Chai-Lin Woon Fui 21-18, 21-17.
Ia merupakan kejuaraan pertama
Siri Su- per buat beregu nombor tiga negara itu.
Sementara itu, perseorangan
wanita milik juara Seluruh England dari Denmark, Tine Rasmussen yang
menumpaskan pemain Hong Kong, Zhou Mi 21-19, 21-17.
China tidak pulang dengan
tangan kosong apabila menjuarai beregu wanita menerusi gandingan Jing Du-Yang
Yu menundukkan pasangan Taiwan Wen Hsing Cheng-Yu Chin Chien 21-16, 21-19.
Dalam acara beregu campuran,
juara dunia yang juga pilihan pertama kejohanan Nova Widianto-Liliyana Natsir
dari Indonesia menewaskan pasangan England, Anthony Clark-Donna Kellogg 17-21,
21-14, 21-9.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zaxKQ0QI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan