Selasa, 19 September 2017

Chong Wei layak ke akhir



Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (ABC) selepas menumpaskan musuh tradisi Lin Dan dari China sebentar tadi.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mencatat kemenangan 22-20, 15-21, 21-4 di dalam aksi selama satu jam 11 minit di Wuhan, China.

Dia akan bertemu pemain nombor satu dunia yang juga pilihan utama kejohanan, Chen Long (China) esok.

Sebelum itu Chen Long berjaya mara ke akhir selepas mengalahkan rakan senegara, Tian Houwei 21-14, 21-16.

Kali terakhir Chong Wei muncul juara di kejohanan ini pada 2006.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 5:29 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan