Ahad, 3 September 2017

Hafiz, Chong Wei ke Jepun, China



ARKIB : 30/09/2006

KUALA LUMPUR – Perseorangan kedua negara, Hafiz Hashim yang dikritik lagi kerana hambar pada Kejohanan Dunia, dipertaruhkan semula oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke Terbuka Jepun dan Terbuka China, bulan depan.

Hafiz akan turut disertai abangnya, Roslin Hashim, Lee Chong Wei, Kuan Beng Hong, Yeoh Kay Bin dan Pei Wee Chung ke Terbuka Jepun dari 10 hingga 15 Oktober yang bernilai AS$180,000 (RM663,750).

Turut serta ialah Zakry Latif-Gan Teik Chai dan Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong (beregu lelaki); Wong Mew Choo, M. Sutheaswari (perseorangan wanita), Wong Pei Tty-Chin Ee Hui, Ooi Sock Ai-Mooi Hing Yau dan Lim Pek Siah-Joanne Quay (beregu wanita).

Kien Keat-Pei Tty yang mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia juga akan menyertai beregu campuran di Tokyo dan Terbuka China di Guangzhou yang bernilai AS$250,000 (RM921,875).

Pemain lain ialah Beng Hong, Kay Bin, Wee Chung, Beryno Wong dan Tan Chung Seang serta pasangan lelaki, Kien Keat-Chan Chong Ming, Lee Wan Wah-Choong Tan Fook, Zakry-Teik Chai, Hoon Thien How-Boon Heong dan Chew Choon Eng-Hong Chieng Hun.

Skuad wanita ke Guangzhou pula dibarisi oleh Mew Choo dan Julia Wong (perseorangan wanita) serta Pei Tty-Eei Hui dan Ooi Sock Ai-Mooi Hing Yau (beregu wanita).

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4reces77c
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan