Isnin, 16 Oktober 2017

Chong Wei ke separuh akhir Terbuka Denmark



ARKIB : 27/10/2007

KUALA LUMPUR – Kehebatan Lee Chong Wei berterusan apabila mudah ke separuh akhir menewaskan jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, semalam.

Jaguh perseorangan utama negara itu diberikan tentangan sengit oleh Dwi Kuncoro 21-18, 21-10 dalam tempoh 36 minit.

Corak permainan rali dan pukulan ke penjuru garisan sering memerangkap pemain Indonesia hingga memaksa lawan sering melakukan kesilapan.

Beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui terpaksa menarik diri pada set kedua setelah memberi kemenangan percuma kepada pasangan China, Zhao Ting Ling-Yu Fang.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vkELSOdQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan