Khamis, 8 Jun 2017

Chong Wei juara Proton



ARKIB : 16/12/2005

KOTA KINABALU - Seperti yang dijangka pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton 2005 selepas menewaskan pemain veteran Wong Choong Hann 15-8, 15-6 di sini, semalam.

Chong Wei membawa pulang RM7,000 dan Choong Hann RM3,600.

Sementara itu, pasangan beregu Lin Woon Fui dan Mohd. Fairuzizuan menewaskan gandingan Chan Chong Ming dan Koo Kien Keat 15-9, 15-11.

Julia Wong pula muncul juara kategori perseorangan wanita apabila mudah menundukkan Anita Raj Kaur 11-2 dan 11-6.

Beregu campuran pula menyaksikan Wong Pei Tty dan Koo Kien Keat memenangi perlawanan setelah menewaskan Fong Chew Yen dengan keputusan 15-9, 15-11.

SUMBR-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jSTMdzim
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan