Isnin, 26 Jun 2017

Chong Wei tersingkir



ARKIB : 02/06/2006

KUALA LUMPUR - Hajat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk merampas takhta pemain nombor satu dunia tidak kesampaian apabila tersingkirr pada pusingan ketiga badminton Terbuka Indonesia di Surabaya semalam.

Chong Wei, 23, pemain nombor dua dunia dan pilihan pertama kalah mengejut kepada pemain muda China, Chen Yu 21-23, 16-21.

Penyandang juara Terbuka Malaysia itu mampu merampas kedudukan pemain nombor satu dunia daripada jaguh China, Lin Dai andai berjaya menjuarai Terbuka Indonesia.

Namun, dengan kekalahan Chong Wei, cabaran perseorangan Malaysia dalam kejohanan enam bintang bernilai AS$250,000 itu berakhir selepas wakilnya yang lain kandas lebih awal.

Malaysia bagaimanapun masih mempunyai wakil di suku akhir beregu lelaki selepas Mohd. Fairuzizuan Tazari-Lin Wun Fui menempah pertemuan dengan pasangan tuan rumah, Markis Kido-Hendra Setiawan selepas menewaskan satu lagi beregu Indonesia, Ade Lukas-Hadi Saputra.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4l6vmX1yl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan