ARKIB : 06/01/2006
BASEL, Switzerland - Pemain
perseorangan nombor satu negara, Lee Chong Wei mengetuai tiga lagi rakannya
layak ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland, semalam.
Chong Wei yang merupakan
pilihan pertama kejohanan mudah menewaskan pemain Denmark, Michael Christensen
15-7, 15-9 di pusingan kedua itu selepas mendapat bye pada pusingan pertama,
kelmarin.
Mengikut jejak Chong Wei adalah
Wong Choong Hann yang menewaskan pemain Rusia, Stanislav Pukhov 15-6, 15-6.
Namun kemenangan paling manis
semalam dicipta Yeoh Kay Bin yang mengejutkan Dicky Palyama dari Belanda 15-7,
15-8.
Sairul Amar Ayob turut
cemerlang apabila menewaskan pemain England, Aamir Ghaffar 15-9, 15-5.
Sehingga berita ini ditulis,
masih ada tiga lagi pemain perseorangan lelaki negara masih bertarung di
pusingan kedua iaitu Muhd. Hafiz Hashim, Kuan Beng Hong dan James Chua.
Manakala dalam acara beregu,
Malaysia mempunyai empat beregu lelaki dan satu beregu wanita yang masih
meneruskan cabaran di pusingan kedua.
Beregu lelaki diketuai pilihan
kedua kejohanan, Chan Choong Ming-Koo Kien Keat di samping Mohd. Fairuzizuan
Tazari-Lim Woon Fui, Tan Bin Shen-Ong Soon Hock dan Wong Choong Hann-Chong Tan
Fook
Manakala satu-satunya beregu
wanita negara yang masih tinggal ialah Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.
Dua pemain perseorangan wanita
negara, Wong Mew Choo dan M. Sutheaswari juga turut beraksi di pusingan kedua,
semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jaSWJ2i1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan