Jumaat, 23 Jun 2017

Chong Wei ketuai ABC



ARKIB : 22/03/2006

KUALA LUMPUR - Dua tonggak yang membantu Malaysia menjuarai berpasukan campuran Sukan Komanwel kelmarin, Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo merupakan antara nama besar yang bakal menghiasi Kejohanan Badminton Asia (ABC), Selasa ini.

Mereka akan disertai dua lagi perseorangan, Wong Choong Hann selain Hafiz Hashim dan abangnya, Roslin Hashim di samping Kuan Beng Hong, Sairul Amar Ayob, Yeoh Kay Bin, Lee Tsuen Seng, James Chua dan K. Yogendran.

Dengan barisan pemain yang dijangka cukup bersedia dan lebih mantap kali ini, Malaysia akan turun memburu gelaran perseorangan lelaki pertama yang kali terakhir dimenangi oleh Foo Kok Keong pada 1994

Kejohanan di Johor Bahru, Johor sehingga 2 April itu turut akan menyaksikan juara bertahan, Sony Dwi Kuncoro sekali gus mengetuai cabaran Indonesia yang datang tanpa juara Sukan Olimpik, Taufik Hidayat.

Selain Sony yang menewaskan Beng Hong pada perlawanan akhir di Hyderabad, tahun lalu, bintang antarabangsa lain ialah Chen Yu dari China, Park Sung Hwan dari Korea Selatan dan pemain Thailand, Boonsak Ponsana.

Pasangan utama Malaysia, Koo Kien Keat-Chan Chong Ming yang memastikan kemenangan bersejarah Malaysia di Melbourne, bagaimanapun tidak menyertai ABC dan digantikan Choong Tan Fook-Lee Wah Wah.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4koaEATRg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan