Selasa, 27 Jun 2017

Chong Wei juara



 
ARKIB : 19/06/2006
Ads by Kiosked
Chong Wei juara

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
LEE Chong Wei bersama cek dan pingat selepas muncul juara perseorangan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Kuching, semalam.

KUCHING - Lee Chong Wei merangkul kejuaraan hatrik pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas mencatatkan kemenangan penuh dramatik ke atas pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir di Stadium Perpaduan di sini, semalam.

Pemain nombor dua dunia itu dipaksa bangkit daripada ketinggalan tujuh mata pada kedudukan 13-20 dalam set penentuan sebelum menang 21-18, 18-21, 23-21.

Chong Wei, 23, mengakui bahawa dia tidak yakin untuk mempertahankan kejuaraan selepas mempamer aksi hampar pada Piala Thomas dan Terbuka Indonesia baru-baru ini.

‘‘Saya fikir saya akan terlepas gelaran selepas ketinggalan jauh pada set ketiga, tetapi sebaik berjaya mengutip dua mata berturut-turut, saya lihat Lin Dan mula gementar,” kata Chong Wei, yang menitiskan air mata sejurus perlawanan berakhir.

Dengan kemenangan tersebut, pemain kelahiran Pulau Pinang itu membawa pulang hadiah lumayan AS$9,600 (RM36,480).

Bagaimanapun Lin Dan tidak mempamer semangat kesukanan apabila enggan memakai topi tradisional ‘Orang Ulu’ ketika penyampaian hadiah, malah melemparkan ‘mock-up’ cek kemenangan gara-gara tidak berpuas hati dengan kekalahannya.

Sementara itu, hari cemerlang Malaysia semalam diteruskan dengan kejayaan Koo Kien Kiet-Chan Chong Ming muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan rakan senegara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Lin Woon Fui 14-21, 21-11, 21-17.

China pula menyapu bersih kejuaraan perseorangan dan beregu wanita, selain beregu campuran.

Zhang Ning mencatat kejuaraan hatrik selepas menewaskan Tracey Hallam dari England 21-12, 21-13. Gao Ling-Huang Sui pula menumpaskan beregu senegara, Du Jing-Yu Yang 9-21,21-16,21-17.

Dalam beregu campuran, Zhang Jun-Gao Ling menumpaskan Jones Rasmussen-Britta Andersen dari Denmark 19-21, 21-14, 21-15.

KEPUTUSAN (akhir)

LELAKI perseorangan: LEE CHONG WEI (MAS) kln Lin Dan (Chn) 18-21, 21-18, 23-21

Beregu: KOO KIEN KIET-CHAN CHONG MING (MAS) kln MOHD. FAIRUZIZUAN TAZARI-LIN WOON FUI 14-21,21-11, 21-17

WANITA perseorangan: Zhang Ning (Chn) kln Tracey Hallam (Eng)21-12, 21-13

Beregu: Gao Ling-Huang Sui (Chn) kln Du Jing-Yu Yang (Shn) 9-21, 21-16, 21-17

Beregu campuran: Zhang JunGao Ling (Chn) kln Jones Rasmussen-Britta Andersen (Den) 19-21, 21-14, 21-15

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4lBiIik11
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan