Jumaat, 2 Jun 2017

Chong Wei jumpa Taufik



ARKIB : 21/08/2005

Daripada: NORZIE MOHD KHASBI

ANAHEIM, California - Lee Chong Wei memberikan hadiah hari jadi paling istimewa buat jurulatihnya, Li Mao dengan melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas mencatat kemenangan kelima berturut-turut ke atas jaguh China, Bao Chunlai di stadium tertutup Arrowhead Pond, di sini semalam.

Rexy Mainaky pula menjadi orang paling gembira melihat anak didiknya, Chan Chong Ming-Koo Kien Keat memastikan Malaysia turut mara dalam saingan separuh akhir beregu lelaki selepas mengalahkan Flandi Limpele-Eng Hian 6-15, 15-12, 15-10.

Kemenangan Chong Wei melepasi sasaran awal juara Terbuka Malaysia 2005 dan 2004 itu untuk melangkah sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

Dia akan bertemu juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia yang menumbangkan pemain nombor dua dunia, Kenneth Jonassen dari Denmark 3-15, 15-10, 15-7.

Chong Wei, 22, yang hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan juara remaja dunia 2000, Chunlai 15-5, 15-7 kini tinggal selangkah lagi untuk menyamai rekod terbaik perseorangan lelaki negara iaitu mara ke perlawanan akhir 2003 menerusi Wong Choong Hann.

``Saya puas dengan ke-menangan ini untuk ke separuh akhir dan buk-tikan saya bukan seka-dar jaguh di tempat sendiri yang selalu mereka katakan,'' katanya.

``Lagipun hari ini (20 Ogos) adalah hari jadi jurulatih (Li Mao). Saya sudah kata kepada diri sendiri bahawa saya mahu menghadiahkan kemenangan kepadanya.

``Saya mahu hadiahkan kemenangan yang lebih besar dengan mara ke perlawanan akhir atau muncul juara,'' kata Chong Wei.

KEPUTUSAN (Suku akhir)

LELAKI Perseorangan

- Taufik Hidayat (Ina) kln Kenneth Jonassen (Den) 3-15, 15-10, 15-7; LEE CHONG WEI (MAS) kln Bao Chunlai (Chn) 15-5, 15-7; Peter Gade-Christensen (Den) kln Chen Hong (Chn) 15-13, 15-4; Lin Dan (Chn) kln Lee Hyun Il (Kor) 5-15, 15-7, 15-8.

Beregu lelaki - CHAN CHONG MING-KOO KIEN KEAT (MAS) kln Flandi Limpele-Eng Hian (Ina) 6-15, 15-12, 15-10; Candra Wijaya-Sigit Budiarto (Ina)kln Lars Paaske-Jonas Rasmussen (Den) 15-10, 11-15, 15-9; Tony Gunawan-Howard Bach (USA) kln Jens Erikssen-Martin Lundgaard Hansen (Den) 15-9, 15-10; Luluk Hadiyanto-Alvin Yulianto (Ina) kln Jung Jae Sung-Lee Jae Jin (Kor) 15-2, 12-15, 15-7.

WANITA Perseorangan

- Xu Huaiwen (Ger) kln Pi Hongyang (Fra) 11-3, 11-2; Xie Xingfang (Chn) kln Tracey Hallam (Eng) 11-3, 11-1; Zhang Ning kln Kaori Mori (Jpn) 11-4, 11-6; Cheng Shao-Chieh (Tpe) kln Wang Cheng (Hkg) 11-9, 5-11, 11-6.

Beregu wanita (Separuh akhir)

- Gao Ling-Huang Sui (Chn) kln Zhang Dan-Zhang Yawen (Chn) 15-5, 15-8; Yang Wei-Zhang Jiewen (Chn) kln Lee Kyung-won-Lee Hyo Jung (Kor) 15-4, 15-3.

Beregu campuran (Suku akhir)

- Nova Widianto-Lilyana Natsir (Ina) kln Frederik Bergstrom-Johanna Persson (Swe) 15-6, 15-6; Sudket Prapakamol-Saralee Thungthongkam (Tha) kln Zhang Jun-Gao Lin (Chn) 10-15, 15-7, 15-11; Xie Zhongbo-Zhang Yawen (Chn) kln Chen Qiqiu-Zhao Tingting (Chn) 6-15, 17-14, 15-2; Shirley Daniel-Sara Runesten-Petersen (Nzl) kln Lee Jae Jin-Lee Hyo Jung (Kor) 15-11, 15-13.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4irtdpzDP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan