Rabu, 6 Disember 2017

Badminton: Chong Wei kecundang

ARKIB : 06/10/2008
KUALA LUMPUR - Pemain negara Datuk Lee Chong Wei terus kemarau gelaran juara sejak bergelar pemain nombor satu dunia apabila tewas kepada jaguh Indonesia Taufik Hidayat di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau semalam.

Turut malang ialah pemain perseorangan wanita, Julai Wong juga terpaksa akur dengan kehebatan pemain Hong Kong, Mi Zhou.

Namun kekecewaan tersebut ditebus oleh gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mudah membenam cabaran pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu 21-16, 21-18.

Chong Wei tewas 19-21, 15- 21 kepada Taufik dalam masa 30 minit.

Ini bermakna Chong Wei gagal dalam tiga perlawanan akhir berturut-turut selepas tumpas kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro di kejohanan Terbuka Jepun bulan lalu.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz50X88PNMv

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan