Rabu, 13 Disember 2017

Chong Wei jumpa Choong Han

ARKIB : 21/11/2008
KUALA LUMPUR - Dua perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann menempah suka dan duka selepas mara ke suku akhir Siri Super Badminton Terbuka China di Shanghai dengan menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua, semalam.

Chong Wei gembira kerana menundukkan pemain Hong Kong, Ng Wei 21-13, 21-14, begitu juga Choong Hann yang mengejutkan pilihan kelima, Peter Hoeg Gade dari Denmark 17-21, 21-18, 21-16 tetapi kedua-duanya bersedih selepas itu kerana terpaksa bertembung sesama sendiri, hari ini.

Malah Choong Hann yang bergandingan dengan Hong Chieng Hun sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan rakan senegara, selepas tunduk kepada Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari 13-21, 16-21.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz518SPYTZB

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan