ARKIB : 07/09/2008
Oleh FERZALFIE FAUZI dan
HIYSMUDDIN AYUB
KUALA LUMPUR - Pemain utama
badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) berjaya menduduki ranking nombor
satu dunia ekoran berjaya melangkah ke pusingan akhir Olimpik Beijing 2008,
bulan lepas.
Mengetepikan Lin Dan yang kini
turun sebagai pemain nombor dua dunia, Chong Wei ketika dihubungi Mingguan
Malaysia terkejut dengan ranking terbaru yang diperoleh dari Persekutuan
Badminton Dunia (BWF) itu.
Chong Wei berjaya merampas
kedudukan nombor satu dunia dari Lin Dan pada 24 Ogos lalu selepas mengumpul
85,579 mata berbanding juara Sukan Olimpik Beijing 2008 itu yang hanya berpuas
hati dengan 84,080 mata.
"Saya terkejut... Walaupun
saya tahu ranking saya dinaikkan, saya tidak tahu kenapa ia jadi begitu. Saya
agak mungkin disebabkan kejayaan saya layak ke perlawanan akhir Sukan Olimpik
Beijing yang lalu," katanya yang kecundang di tangan Lin Dan pada acara
itu.
Mengulas mengenai penyertaannya
ke Terbuka Jepun 16 September ini pula, Chong Wei mengatakan, dia tidak
tertekan untuk menyertai kejohanan itu walaupun sebagai pemain ranking nombor
satu dunia.
''Ini adalah kejohanan pertama
selepas saya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing, selaku pemain
nombor satu dunia saya tidak berasa sebarang tekanan dan akan memberikan
persembahan terbaik,'' katanya ketika dihubungi malam tadi.
Dalam pada itu, jurulatih
perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek yakin Chong Wei mampu
menangani tekanan sebagai pemain nombor satu dunia pada kejohanan Terbuka Jepun
itu.
Misbun berkata, Chong Wei kini
mempunyai keyakinan tinggi dan begitu bersemangat untuk menjalani latihan bagi
menghadapi kejohanan tersebut.
"Dia (Chong Wei) begitu
bersemangat dan menyatakan tidak sabar untuk menjalani latihan bagi menghadapi
kejohanan tersebut.
"Meskipun dia tidak
menjalani latihan lebih daripada seminggu kerana mengikuti pelbagai program
kerajaan, keadaan dirinya kini masih lagi stabil.
"Selain itu, dia juga
dilihat mampu menangani dengan baik tekanan sebagai pemain nombor satu dunia
dan sebagai pemain pilihan pertama kejohanan," katanya kepada pemberita di
sini, semalam.
Mengulas lanjut mengenai
sasaran pada kejohanan Terbuka Jepun itu, Misbun berkata, berdasarkan penilaian
atas kertas, Chong Wei dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk mencipta
kejayaan di kejohanan itu.
Namun begitu katanya, pasti
akan ada pemain lain yang cuba untuk mencipta kejutan ke atas pemain utama
negara itu dan jika Chong Wei tidak memberi penumpuan sepenuhnya, dia pasti
akan menerima saingan sengit.
"Kadang kala, apabila
sudah menjadi pemain nombor satu dunia, kamu pastinya ingin mencatat kemenangan
mudah dan mengatasi pemain di bawah kamu dengan jarak mata yang jauh.
"Perkara seumpama ini
kadangkala boleh mengundang padah dan memberi tekanan kepada pemain," kata
Misbun.
Jurulatih perseorangan negara
itu berkata, Chong Wei akan mula menjalani latihan sesi penuh bermula esok dan
pemain itu dilihat seperti tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah
dilakukan sebelum ini.
"Dia seperti tidak mahu
mengalami satu lagi kekesalan dan menangis di atas kekalahannya. Apa yang
seringkali dikatakan olehnya ialah untuk menjalani latihan sahaja," kata
Misbun.
Sementara itu Misbun berkata,
keyakinan diri Chong Wei juga semakin meningkat setelah menerima ganjaran setimpal
hasil persembahan baiknya di Beijing.
Jelasnya, anugerah Datuk yang
diterima oleh pemain itu juga tidak pernah merubah sikap dirinya, malah dia
lebih senang merendah diri seperti sebelum ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz50NYh7n51
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:
Catat Ulasan