Rabu, 13 Disember 2017

Chong Wei-Lin Dan bakal rebut RM1.82 juta

ARKIB : 02/12/2008
KOTA KINABALU - Aksi perlawanan antara pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan seterunya dari China, Lin Dan, bakal menjadi tumpuan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia yang menawarkan hadiah bernilai AS$$500,000 (RM1.82 juta) di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 18 hingga 21 Disember ini.

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA), Senator Datuk Maijol Mahap berkata, ini berikutan kedua-dua pemain itu sudah mengesahkan penyertaan termasuk beberapa pemain handalan dari Indonesia, Denmark dan Korea.

''Pemain-pemain itu baru selesai menyertai kejohanan sama di Hong Kong, baru-baru ini. Sabah merupakan medan akhir pemain menebus kekalahan mereka," katanya kepada pemberita di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, semalam.

Pada sidang media itu juga, Maijol turut mengumumkan bahawa tiket bagi menyaksikan kejohanan ini sudah mula dijual hari ini di lokasi kejohanan atau menghubungi talian 088-218395/263333.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz519dVQQLh

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan