Ahad, 17 Disember 2017

Chong Wei naib juara

ARKIB : 19/01/2009
KUALA LUMPUR – Hasrat Datuk Lee Chong Wei meneruskan kecemerlangan tahun 2009 tidak kesampaian apabila tewas kepada Peter Hoeg Gade dari Denmark pada final Terbuka Korea di Seoul, semalam.

Chong Wei yang menang Terbuka Malaysia minggu lepas tewas 18-21, 21-10, 17-21.

Chong Wei tewas pada set pertama, namun menang 21-10 set kedua.

Ternyata Seoul bukan gelanggang bertuah buat Chong Wei apabila Peter Gade menang set penentuan.

Beregu campuran menyaksikan pasangan Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Lee Hyo Jung mengalahkan wakil Thailand, Anugritayawon Songphon-Voravichitchaikul Kunchala, 21-8,21-7.

Dalam acara perseorangan wanita, Tine Rasmussen cemerlang apabila menewaskan pemain Perancis, Pi Hongyan 21-19, 21-19.

Beregu wanita menyaksikan pasangan Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Chin Yu mengatasi beregu dari Korea Selatan, Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won 21-19, 21-8.

Pasangan Korea Selatan Lee Yong Dae-Jung Jae Sung dikejutkan pasangan Denmark, Boe Mathias-Mogensen Carsten dalam beregu lelaki 21-12, 24-22.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51VxEhyrx

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan