Khamis, 14 Disember 2017

Chong Wei hadapi saingan Peter Gade

ARKIB : 16/12/2008
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

Pasukan badminton Indonesia diketuai Taufik Hidayat (kiri) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam untuk menyertai Kejohanan Badminton Siri Supers Masters Final di Stadium Tertutup Likas esok.
- Gambar GHAZALI BASRI

KOTA KINABALU - Dua pemain utama Malaysia mampu mengungguli final Kejohanan Badminton Siri Supers Masters Final apabila diundi dalam Kumpulan A.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann boleh menguasai kejohanan ini jika mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun mereka perlu menyingkirkan saingan di peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum menyimpan hasrat mara ke final kejohanan berprestij itu.

Saingan mereka dalam Kumpulan A ialah Peter Gade-Christiansen dari Denmark dan pemain kurang ternama dari Hong Kong, Chan Yan Kit.

Dalam Kumpulan B pula, dua jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dan Taufik Hidayat akan menentang pemain Denmark, Joachim Persson dan Andrew Smith dari England.

Sementara itu, beregu utama negara, Fairuzizuan Tazari-Zakry Abdul Latif mengetuai Kumpulan A yang turut sertai wakil Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae; Robert Blair-Chris Adcock (England) dan Simon Mollyhus-Andres Kristiansen (Denmark).

Kumpulan B pula menyaksikan pilihan utama dari Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan dicabar bekas juara Seluruh England Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta bekas juara dunia Candra Wijaya-Tony Gunawan (Ina-USA) dan Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark).

Pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo menghadapi tugas berat untuk layak ke separuh akhir apabila diundi bersama Tina Rasmussen (Denmark), Pi Hongyan (Perancis) dan Saina Nehwal (India) dalam Kumpulan B.

Kumpulan A menyaksikan dua pemain Hong Kong, Zhou Mi dan Wang Chen ditentang Yu Hirayama (Jepun) dan Xu Huaiwen (Jerman).

Pasangan beregu wanita nombor dua dunia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut berdepan laluan getir apabila diundi bersama Lena Kristiansen-Kamilla Rytter (Denmark), Jo Novita-Greysia Polii (Indonesia) dan Charmaine Reid-Nicole Grether (Kanada-Jerman) dalam Kumpulan B.

Dalam Kumpulan, pasangan utama Indonesia, Lilyana Natsir-Vita Marissa dicabar wakil Korea, Ha Jung Eun-Kim Min Jung, Judith Meulendijks-Yao Jie (Belanda) dan Duang Anong-Kunchala V. (Thailand).

Beregu campuran negara, Lim Khim Wah-Wong Pei Tty, tampak sukar dalam saingan Kumpulan B apabila menghadapi lawan kuat dari Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter, Anthony Clark-Donna Kellogg (England) dan Songphon A.-Kunchala V (Thailand).

Saingan dalam Kumpulan A tidak kurang hebat apabila pasangan utama dunia dari Indonesia, Nova Widianto-Lilyana Natsir dicabar rakan senegara, Flandy Limpele-Vita Marissa serta Robert Blair-Imogen Bankier (England-Scotland) dan Sudket P.-Saralee T (Thailand).
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz51EQyxfZa

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan